RSS

Wednesday, October 19, 2011

Menu Orang Kampung Lubnan

Agak lama juga laman blog ini dipenuhi sawang memandangkan sekatan laluan pada blog di tempat kerja dan juga ketidak upayaan handphone untuk memindahkan gambar dengan segera. Namun, aku akhirnya berkesempatan mencoretkan sesuatu didalam laman ini.

Untuk kali ini, aku nak kenalkan salah satu makanan sajian orang arab (lubnan) yang aku nikmati ketika berada di kaherah. Jauh bebenor untuk orang kampung, tapi masih lagi menu orang kampung. Cumanya ia menjadi menu orang kampung lubnan yang di jual di kaherah.

Ketika jejak kaki di restoran ElHamra di Ramses Centre (berdepan Ramses Hilton, Kaherah), pelanggan di sajikan dengan minuman susu yogurt. Sedap dan fresh.

Aku pilih minuman Kopi turki. Cukup pekat tetapi sedap di tambah dengan koko coklat yang cukup ummph...
Akhir sekali, makanan utama (salah satu), yakni Kofta Halabi... Nasi perang arab, di makan dengan krim macam 1000 island, bersama sayuran bakar (kentang, bawang, tomato, dan timun), dan sekeping roti (seperti capati) dan daging kisar yang diadun laksanan sosej dan dipanggang masak. Bagi orang kampung macam aku yang biasa dengan masakan melayu kampung, makanan ini agak kurang enak. Terutamanya tanpa kuah. Namun, agak lazat setelah makanan berada separuh pinggan apabila dimakan dengan cara yang betul. Harga semuanya ialah LE57 (bersamaan RM30) dan diberi satu roti tambahan secara percuma.

Untuk makanan, aku bagi 3/5 bintang
Untuk layanan, aku bagi 5/5 bintang
Untuk keadaan persekitaran restoran, aku bagi 3.5/5 kerana masih ada kekurang terutamanya dari segi pencahayaan dan kedudukan restoran.

Kongsi dengan kawan bro

Memaparkan senarai makanan, warung, lokasi, dan pelbagai lagi berkaitan dengan makanan mengikut citarasa dan pilihan kebanyakan orang biasa di Malaysia.