RSS

Friday, January 17, 2014

Nasi Dalca @ Ganja Kassim Mustafa

Orang selalu tanya, kat penang, mana nak makan sedap. Selalunya, orang penang akan cakap, banyak tempat. Dan aku setuju. Namun, ada beberapa tempat yang orang luar, kalau datang ke penang, tidak sepatutnya mis @ terlepas. Antaranya ialah Restoran Kassim Mustafa.

Aku tak ingat berapa tahun dah restoran ini beroperasi. Tapi, aku pergi ke restoran ini sejak tahun 1994 lagi. Bermula dari sebuah restoran yang kecil (ala-ala 15 X 80 kaki), kini sudah menguasai beberapa lot kedai. Dan sudah ada branch di Bayan Lepas dan Seberang Prai (kat Sunway Shopping Mall). Pernah ada satu cawangan di lembah klang (terletak di Subang jaya), tetapi telah ditutup kerana tiada sambutan (dan citarasa dia pun berbeza... try sekali rasa tak sama dengan original penang). Malah, aku lebih suka di HQ @ cawangan asal @ yang pertama dan taste dia lebih sedap berbanding di cawangan lain. Namun begitu, taste dah agak kurang ummph berbanding dulu... tapi, jika dibandingkan dengan nasi kandar lain serta di KL, masih lagi powerlah.

Aku pasti singgah setiap kali aku pulang ke rumah orang tua aku ketika mereka duduk di Penang masa aku belajar di ITM dulu.... Sekarang ini, aku hanya singgah bila aku pulang ke kampung seorang diri (ambil kesempatan melencong ke penang sekejap) dan aku pastikan aku nikmati sekurang-kurangnya 1 kali dalam 3 - 4 bulan.


Lokasi
Ada 3 lokasi di Penang, tapi aku akan berkongsi mengenai lokasi cawangan asal sahaja. Terletak berdekatan dengan Balai Bomba berhampiran Jeti dan di jalan antara jalan tersebut di Pulau Pinang. Untuk ke sini, sama ada melalui jambatan atau melalui jeti, perlu melalui kawasan jeti sebelum membelok memasuki Lebuh Penang.

View Larger Map
Agak mudah untuk kesini. Tetapi, jika anda ingin menggunakan kereta, disarankan anda datang seawal pagi (restoran ini beroperasi 24jam... tetapi waktu terbaik ialah antara pukul 5pagi - 9pagi kerana lauk masih panas) kerana kekurangan tempat letak kereta serta ia merupakan jalan yang cukup sibuk. Namun, jika anda berhasrat menaiki bas, tiada masalah. Naik sahaja apa-apa bas di Komtar yang menuju ke Jeti atau dari Jeti menuju ke Komtar.

Restoran ini terletak di Lebuh Chulia dan bertembung dengan Lebuh Penang dihujung sekali. Ia berhampiran Mydin Wholesale dan dianggarkan hanya 50meter dari Balai Bomba ke arah bandar Georgetown. Selang 50 meter darinya ialah sebuah lagi restoran nasi kandar. Dan kerana itu, aku berikan lokasinya 3.5/5.

Citarasa
Bagi aku, aku memberikan 4.5/5 dari keseluruhan rasa dan ini hanya pada Nasi Dalca dan lauk-pauknya. Aku tidak pernah cuba makanan lain kerana aku ke situ hanya untuk menikmati Nasi Dalca @ Ganjanya itu kerana ia sudah enak dimakan begitu sahaja. Namun begitu, rasanya sudah agak kurang sedikit berbanding 10 tahun dahulu, tetapi bagi aku, masih lagi juadah yang pasti aku cari jika ke Pulau Mutiara ini.


Barisan kari KAW!!!!

Lauk-pauk yang ada

Lauk yang enak dinikmati ialah Kurma atau Kari daging, kurma, atau ayam. Paling best ialah bila ada sambal kelapanya (hanya waktu terhad di waktu pagi sahaja). Tapi awas, hanya di sini sahaja yang aku rekomenkan. Di cawangan yang lain, agak kureng sedap.

Harga
Teh tarik + Nasi Dalca + Kari Ayam (kambing dah habis da)
Harganya masih lagi berpatutan. Tidak akan dapat di KL dengan nasi yang penuh bersama lauk yang sebesar 1/4 ayam pada harga RM6.50 (mungkin naik sedikit lepas aku siarkan ini kerana kenaikan harga barang). Begitu juga dengan teh tarik yang kaw berbanding di KL. Untuk harga berbaloi, aku beri 4/5.

Persekitaran
Secara ringkas, keadaan restoran agak selesa walaupun tiada aircond. Jumlah tempat duduk agak banyak. Tetapi, perlu diingat, restoran ini sentiasa penuh kecuali luar waktu puncak. Namun, diwaktu puncaklah cukup enak untuk menikmatinya kerana lauk-pauknya masih panas.


Cuma, kalau nak senang parking, datanglah waktu lepas subuh atau sebelum pukul 8 pagi. Jika tidak, susah juga nak letak kenderaan atau nak cari tempat duduk. Dan untuk itu, aku beri 3/5.

Kesimpulannya.
Menyesal kalau pergi ke penang dan tak singgah. Pastikan pilih Nasi Dalca bersama kari ayam atau kambing :)... enjoy...


p/s: Dah meleleh air liur aku sambil taip ni... hmmm kena singgah masa balik ni...

0 comments:

Post a Comment

Kongsi dengan kawan bro

Memaparkan senarai makanan, warung, lokasi, dan pelbagai lagi berkaitan dengan makanan mengikut citarasa dan pilihan kebanyakan orang biasa di Malaysia.