RSS

Monday, September 16, 2013

Thai Koay Teow Th'ng

Agak lama juga aku tidak berkongsi akan perihal makanan yang enak mengikut citarasa aku yang aku rasa berbaloi untuk pembaca blog ini mencubanya.

Kali ini aku ingin berkongsi akan satu lagi makanan yang menarik di Pulau Pinang @ Penang. Asal makanan ini dikatakan dihasilkan oleh masyarakat Hainan dari tanah China. Cuma aku kurang pasti dari mana datangnya perkataan Thai itu.

Aku mula kenali Thai Koay Teow Th'ng ni ketika umur aku 16 tahun (lebih kurang 20 tahun dulu). Itu pun bapa aku bawakan. Sejak kali pertama nikmatinya, ia menjadi satu rutin untuk aku makan setiap bulan sekurang-kurangnya sekali.

Kedainya tidak pernah berubah sejak 20 tahun dahulu walaupun pengendalinya berubah dari seorang pakcik tua bersama anaknya kepada anak dan cucunya. Begitu juga dengan citarasa dan keenakkan makanan ini. Tidak pernah berubah rasanya hingga kini dengan kali terakhir aku nikmati pada 14 September 2013 (beberapa hari lepas). Apa pun, yang pastinya Halal. :)

Lokasi
Untuk yang ingin mencuba, bolehlah ke kedai ini yang terletak di Pasar Jalan Padang Tembak, Air Hitam, Pulau Pinang. Ia terletak betul-betul berhadapan dengan Flat Rifle Range (nama yang aku ingat la.. kalau tukar nama aku tak tau) dan Flat FRU. Cuma selang 2 kedai dari pintu masuk yang terletak sebelah kedai majalah surat-khabar (tetap seperti 20 tahun dahulu. Lokasinya dalam Google adalah seperti dibawah ni.

View Larger Map

Untuk ke lokasi ini, boleh menaiki bas (aku tak ingat bas nombor berapa yang boleh dinaiki dari Jeti atau Komtar) atau beca (kalau pergi melancong) atau bawa sendiri motosikal (macam aku hari tu) atau kereta. Tapi, perlu diingat, kawasan parking agak terhad dan agak sibuk untuk orang yang tidak mampu tahan sabar. Aku cadangkan pada yang ingin mencuba, boleh guna perkhidmatan awam seperti bas, teksi atau beca yang lebih efisien dan mudah ... Bas lagi cepat dari bawa kereta bro..
Untuk lokasi, kerana mudah aku berikan 4/5.

Citarasa
Bagi aku, aku bagi 5/5 kerana sehingga hari ini, keenakkanya tetap sama. Walaupun kuah sup nya seperti cair, tapi apabila dicampur dengan cili giling atau cili potong, fuuuhhhh... aku mampu hirup sampai licin.

Ada 3 jenis harga .. Bermula dari RM3.00 untuk biasa, RM4.00 untuk besar dan RM5.00 untuk special (besar dan lebih isi). Dan paling best, pelanggan boleh memilih untuk nikmati koay teow, mee kuning, atau mihun atau mencampurkannya mengikut selera. Aku biasa memilih koay teow dan abah aku suka campur mee kuning dan mihun. Kali ini aku pilih special sebab dah lama sangat tak makan.. lebih kurang 10 tahun.

Air minuman pula, masih mengekalkan harga yang rendah.. Aku nikmati Teh Ais yang harganya cuma RM1.20 (mana nak dapat kat KL ni).. tengoklah saiz mangkuk dan bekas minuman tu... puas hati lah..


Persekitaran
Tapi untuk persekitaran, aku rasa tidak sesuai untuk orang yang tidak tahan panas atau yang tidak boleh makan di tepi jalanan atau warung. Agak sempit sedikit kerana ia merupakan laluan orang ke pasar berhampiran. Makanya, jumlah meja yang ada agak terhad. Tidak sesuai untuk keluarga besar atau yang biasa nikmati di restoran berhawa dingin. :). Untuk keadaan sekitar, aku berikan 3/5.

Jadi keseluruhannya, aku bagi 4/5. Kalau tidak kerana kesukaran untuk ke lokasi dan persekitaran yang agak sempit, pasti aku berikan 5/5.

Kongsi dengan kawan bro

Memaparkan senarai makanan, warung, lokasi, dan pelbagai lagi berkaitan dengan makanan mengikut citarasa dan pilihan kebanyakan orang biasa di Malaysia.