Kali ini saya nak berkongsi lagi satu tempat kegemaran orang ramai menikmati ikan bakar (juga sotong, udang dan keli). Namun, hanya beroperasi pada tengahari (sehingga petang) dan pada hari bekerja sahaja.
|
Menghampiri garisan |
Terletak di belakang Istana Negara (yang lama) di Jalan Istana, restoran ikan bakar ini berada di Jalan Bellamy. Ada peminat yang memanggilnya Ikan Bakar Istana, Ikan Bakar Jalan Istana dan Ikan Bakar Bellamy. Apa pun nama yang di panggil, tempat ini merupakan salah satu tempat yang wajar dikunjungi bagi peminat ikan bakar.
Lokasinya agak sukar untuk pejalan kaki. Malah, kerana sambutan yang menggalakkan, agak sukar juga untuk mendapat tempat letak kenderaan.
|
Sos pilihan |
Waktu operasinya ialah dari pukul 10pagi hingga 4petang dan hanya pada hari bekerja sahaja (setakat pengetahuan saya la)
Masa terbaik untuk mengunjunginya ialah pada pukul 11.30 pagi kerana masih belum ramai warga kota yang bekerja keluar makan serta makanan yang baru dimasak dan berpeluang memilih ikan yang ingin dibakar dahulu.
Dari segi kebersihan, bolehlah dikatakan sekadar C atau paling ok B. Mungkin kerana kesibukan melayan pelanggan dan keadaan persekitaran, sukar untuk mencapai kategori A.
|
Beratur untuk ambil ikan |
Dari segi keselesaan pula, jika hujan lebat, orang yang berada agak terkeluar akan merasa tidak selesa, manakala pada waktu panas terik, oleh kerana ia menggunakan atap zink, maka agak panas juga keadaaanya.
Namun, ia sepatutnya tidak mengurangkan selera anda semua.
|
Proses pembakaran |
Di situ, terdapat beberapa restoran yang kesemuanya berasaskan ikan bakar. Namun, ada satu sahaja restoran yang saya minat, yakni yang kedua dari hujung. Mungkin kerana sosnya atau mungkin kerana masakan lain (sayur lemak, gulai, dan sebagainya) yang kena pada selera saya. Apa pun, pilihan pada citarasa masing-masing. :)
|
Keli dan sotong clear |
Kualiti: 4/5
Citarasa: 4/5
Tempat: 3/5
Cubalah...