RSS

Wednesday, January 2, 2013

Ayam Bakar Negro

Ayam bakar atau ada yang panggil ayam panggang adalah salah satu makanan kegemaran masyarakat Malaysia terutamanya di bulan puasa. Melihat sahaja ayam yang dipanggang atau dibakar dan ditambah dengan haruman segar rempah ratus yang digunakan pastinya menambat selera pengemar ayam semua.

Kali ini, untuk bahagian resepi, saya ingin berkongsi resepi dan kaedah membakar yang terbaek (dan In Sha Allah), akan menimbulkan selera makan anda.

Ayam Bakar Negro

Bahan-bahannya

Ayam (ikut suka dan jumlah ahli yang akan menikmatinya)
Sos Tomato (kalau tak nak pun tak pa)
Sos Cili (atau cili kering yang dikisar)
Madu (atau gula .. jumlah sudu bergantung pada citarasa masing-masing)
Serbuk kunyit
Garam secubit rasa
Rempah-ratus (yang biasa digunakan untuk masak kari)
Dua atau tiga batang serai (untuk digunakan ketika membakar)

Caranya
Masukkan semua bahan tadi (yang wajib ialah sedikit cili, serbuk kunyit dan garam). Masukkan gula atau mudu jika anda inginkan rasa manis (ikut sesedap rasa). Masukkan sos cili (dan sedikit sos tomato jika ingin sedikit rasa kemasaman) ikut rasa anda. Jika ingin rasa ala-ala kari, masukkan rempah-ratus.
Gaulkan semuanya hingga sebati. Masukkan sedikit air untuk memastikan ada sedikit cecair didalam bekas agar serapan akan serata. Gaulkan lagi sekali dan perap (sekurang-kurangnya 3 jam dan sebaik-baiknya sehari)

Cara Membakar
Gunakan arang yang sesuai (bukan yang bulat tetapi berbentuk kayu). Gunakan juga tempurung kelapa yang masih ada kesan atau sisa kelapa yang telah berparut pada dinding tempurung. Ini adalah untuk memastikan aroma wangi kelapa yang dibakar (bau minyak hasil dari kelapa) akan diserap oleh ayam yang dibakar nanti.

Bakar kelapa dan bakar arang tadi serentak. Apabila sebahagian dari arang sudah bertukar jadi bara dan 3/4 dari kelapa sudah terbakar, letakkan daun pisang diatas para (tempat pembakar) dan letakkan ayam anda (pastikan ayam berada didalam peti sejuk tetapi bukan tahap beku sebelum ini). Pusing-pusingkan ayam ikut suka anda ... gantikan daun pisang yang telah hangus. Gunakan minyak lebihan memasak dan percikkan pada ayam menggunakan serai yang ditumbuk (tumbak ala-ala je) agar wangi serai terserap sama.

Jangan lupa untuk guna kipas bagi kawal kekuatan pembakaran... kang jadi ayam bakar arang lak... hehehe

Dan selepas 20 - 30 minit (ikut rasa anda dan tahap ke'negro'an yang diinginkan), ayam telah sedia untuk diangkat dan makan :)

0 comments:

Post a Comment

Kongsi dengan kawan bro

Memaparkan senarai makanan, warung, lokasi, dan pelbagai lagi berkaitan dengan makanan mengikut citarasa dan pilihan kebanyakan orang biasa di Malaysia.