Bagi menu/citarasa kali ini, aku ingin berkongsi mengenai makanan yang dikatakan asalnya dari Penang dan merupakan makanan orang cina, tetapi kini merupakan antara makanan kegemaran pelbagai kaum di Malaysia. Makanan yang dimaksudkan ialah Char Koey Teow atau dalam bahasa melayunya ialah Koey Teow goreng basah :)
Setiap tempat mempunyai rasa yang berbeza dan tahap kebasahan serta sos yang unik. Namun, bukan semuanya memberikan rasa yang nikmat dan sos merupakan entiti utama dalam masakan ini bagi memastikan keenakannya. Tanpa sos yang sedap, maka, char koey teow menjadi tidak menarik walaupun bahan lain seperti kerang dan udang dimasukkan sekali.
Dan untuk orang ISLAM, sudah banyak gerai orang ISLAM yang menyediakan masakan ini. Kali ini, aku ingin berkongsi sebuah restoran yang menu utamanya ialah char koey teow iaitu Hot Bangi Char Koey Teow.
Terletak di Bandar Baru Bangi dan berdekatan dengan Masjid Al-Hasanah, gerai ini telah lama dibuka dan ini merupakan kali pertama aku singgah. Lokasinya adalah seperti dibawah.
View Larger Map
Lokasi
Lokasi kali ini agak mudah serta agak 'ok' buat sementara waktu memandangkan masih lagi ada kawasan yang sedang dalam pembinaan. Setakat ini, untuk parking kereta, tidak ada masalah kecuali pada waktu tengahari atau awal pagi. Tetapi, restoran ini hanya dibuka selepas pukul 2 tengahari. Paling cantik ialah datang selepas waktu kerja dimana orang tidak ramai dan kawasan parking pun banyak.
Cuma restorannya agak kecil. Jadi kalau nak datang, kena datang awal (agak-agak lepas waktu kerja terus singgah).
Citarasa
Kali ini, kita bercakap mengenai char koey teow. Dari segi rasa, memang ok dan memenuhi selera tempatan. Cuma ada sedikit rasa hangit. Mungkin kerana kuali agak panas. Tetapi sos yang disediakan memang sedap dan tip-top. Aku hirup kuahnya itu sampai licin :).
Ada 3 jenis penyediaa; iaitu saiz kecil (RM4.50) atau saiz besar (RM5.50) atau bersama udang saiz besar (RM15). Aku hanya ambil saiz kecil memandangkan aku baru nak try rasa dan di akhir rasa, aku berpendapat bahawa aku kena datang lagi :).
Selain dari char koey teow sebagai menu utama, nasi lemak juga ada (nasi kukus lagi tu). Tapi aku tak try lagi la.
Kualiti
Kualiti char koey teow memenuhi standard. Tetapi dari segi layanan, agak kurang mesra. Mungkin aku bukan regular customer. Dari segi keselesaan restoran, boleh dikatakan okay, tetapi tidak sesuai untuk large group.
Kesimpulannya
Lokasi: 4/5
Citarasa: 4/5
Kualiti: 3.5/5
Monday, May 27, 2013
Tuesday, May 7, 2013
Roti Canai Jalan Argyll - Penang
Masih lagi berkitar pada roti canai yang merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia terutamanya sebagai sarapan pagi :)
Kali ini, aku nak berkongsi berkaitan dengan kedai makan yang menyajikan antara roti canai terbaik di Penang, negeri tempat aku membesar dan bersekolah hingga tingkatan 5 (dan tingkatan 6 sekejap).
Kedai ini terletak di Jalan Argyll (berhampiran dengan HQ PDRM dan Chowrasta). Mak aku yang rekomenkan dan tak henti-henti dok suruh aku cuba.. Jadi, pada 4 bulan lepas, semasa balik ke Penang, aku singgah rasa :)
View Larger Map
Roti canai yang dihidangkan kelihatan biasa... Namun, dengan kuah yang dihidangkan bersama; kari daging, ikan, ayam, atau kambing;... fuuh memang kelas lah.
Selain itu, kedai ini juga menyediakan nasi kandar yang memang asli dan menarik.
Kepada sahabat dan pelawat yang akan ke Penang, aku cadangkan singgah bersarapan dengan roti canai di sini.
Kualiti
Dari segi Roti Canai, kualitinya memang ok walaupun tidak segaring roti canai teras jernang. Tapi, apabila digandingkan dengan kuahnya yang pelbagai, memang memenuhi citarasa penggemar roti canai dan masakan mamak penang yang asli.
Roti telur juga sedap dan tebal.. Memang puas hati lah. Nasi kandarnya juga tidak kurang hebatnya.
Lokasi dan kawasan gerai
Dari segi lokasi, agak mudah jika tahu laluan di Penang. Paling mudah, cari sahaja HQ PDRM. Pastinya berdekatan sahaja dari situ.
Kawasan parking juga agak banyak. Cuma jika datang hari bekerja, kena bayar parking. Kalau awal pagi, In Shaa Allah masih ok :)
Citarasa
Untuk kali ini, saya berkongsi mengenai rasa roti canai. Dari segi rasa, rotinya agak tebal jika dibandingkan dengan roti canai teras jernang dan dari segi enak, ia kurang sedikit dari roti canai teras jernang. Walau bagaimanapun, ia tetap tidak menghampakan saya.
Keseluruhan
Kualiti: 4/5
Citarasa: 4.5/5
Lokasi dan gerai: 4/5
Pada sahabat dan pelawat.. silalah bertandang dan nikmatinya. Anda pasti tidak menyesal. Kompom citarasa mak aku terbaek :)
p/s: lepas nikmati, jangan lupa bagi komen ye :)
Kali ini, aku nak berkongsi berkaitan dengan kedai makan yang menyajikan antara roti canai terbaik di Penang, negeri tempat aku membesar dan bersekolah hingga tingkatan 5 (dan tingkatan 6 sekejap).
Kedai ini terletak di Jalan Argyll (berhampiran dengan HQ PDRM dan Chowrasta). Mak aku yang rekomenkan dan tak henti-henti dok suruh aku cuba.. Jadi, pada 4 bulan lepas, semasa balik ke Penang, aku singgah rasa :)
View Larger Map
Roti canai yang dihidangkan kelihatan biasa... Namun, dengan kuah yang dihidangkan bersama; kari daging, ikan, ayam, atau kambing;... fuuh memang kelas lah.
Selain itu, kedai ini juga menyediakan nasi kandar yang memang asli dan menarik.
Kepada sahabat dan pelawat yang akan ke Penang, aku cadangkan singgah bersarapan dengan roti canai di sini.
Restoran Roti Canai Jalan Argyll |
penuh juga |
Dari segi Roti Canai, kualitinya memang ok walaupun tidak segaring roti canai teras jernang. Tapi, apabila digandingkan dengan kuahnya yang pelbagai, memang memenuhi citarasa penggemar roti canai dan masakan mamak penang yang asli.
Roti telur juga sedap dan tebal.. Memang puas hati lah. Nasi kandarnya juga tidak kurang hebatnya.
Lokasi dan kawasan gerai
sabar menanti |
Anak aku pilih roti telur |
Kawasan parking juga agak banyak. Cuma jika datang hari bekerja, kena bayar parking. Kalau awal pagi, In Shaa Allah masih ok :)
Roti Canai + kari dal + kari daging + teh tarik besar :) |
Citarasa
Untuk kali ini, saya berkongsi mengenai rasa roti canai. Dari segi rasa, rotinya agak tebal jika dibandingkan dengan roti canai teras jernang dan dari segi enak, ia kurang sedikit dari roti canai teras jernang. Walau bagaimanapun, ia tetap tidak menghampakan saya.
Keseluruhan
Kualiti: 4/5
Citarasa: 4.5/5
Lokasi dan gerai: 4/5
Nasi kandar (lain kan kaler dia :) .. tapi ada kelas) |
Pada sahabat dan pelawat.. silalah bertandang dan nikmatinya. Anda pasti tidak menyesal. Kompom citarasa mak aku terbaek :)
p/s: lepas nikmati, jangan lupa bagi komen ye :)
Labels:
Kedai Makan,
Malaysia,
Mamak Style,
Penang,
Roti Canai
Kongsi dengan kawan bro
Memaparkan senarai makanan, warung, lokasi, dan pelbagai lagi berkaitan dengan makanan mengikut citarasa dan pilihan kebanyakan orang biasa di Malaysia.