RSS

Tuesday, May 7, 2013

Roti Canai Jalan Argyll - Penang

Masih lagi berkitar pada roti canai yang merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia terutamanya sebagai sarapan pagi :)

Kali ini, aku nak berkongsi berkaitan dengan kedai makan yang menyajikan antara roti canai terbaik di Penang, negeri tempat aku membesar dan bersekolah hingga tingkatan 5 (dan tingkatan 6 sekejap).

Kedai ini terletak di Jalan Argyll (berhampiran dengan HQ PDRM dan Chowrasta). Mak aku yang rekomenkan dan tak henti-henti dok suruh aku cuba.. Jadi, pada 4 bulan lepas, semasa balik ke Penang, aku singgah rasa :)


View Larger Map

Roti canai yang dihidangkan kelihatan biasa... Namun, dengan kuah yang dihidangkan bersama; kari daging, ikan, ayam, atau kambing;... fuuh memang kelas lah.

Selain itu, kedai ini juga menyediakan nasi kandar yang memang asli dan menarik.

Kepada sahabat dan pelawat yang akan ke Penang, aku cadangkan singgah bersarapan dengan roti canai di sini.
Restoran Roti Canai Jalan Argyll

penuh juga
Kualiti
Dari segi Roti Canai, kualitinya memang ok walaupun tidak segaring roti canai teras jernang. Tapi, apabila digandingkan dengan kuahnya yang pelbagai, memang memenuhi citarasa penggemar roti canai dan masakan mamak penang yang asli.

Roti telur juga sedap dan tebal.. Memang puas hati lah. Nasi kandarnya juga tidak kurang hebatnya.

Lokasi dan kawasan gerai
sabar menanti
Anak aku pilih roti telur
Dari segi lokasi, agak mudah jika tahu laluan di Penang. Paling mudah, cari sahaja HQ PDRM. Pastinya berdekatan sahaja dari situ.

Kawasan parking juga agak banyak. Cuma jika datang hari bekerja, kena bayar parking. Kalau awal pagi, In Shaa Allah masih ok :)
Roti Canai + kari dal + kari daging + teh tarik besar :)

Citarasa
Untuk kali ini, saya berkongsi mengenai rasa roti canai. Dari segi rasa, rotinya agak tebal jika dibandingkan dengan roti canai teras jernang dan dari segi enak, ia kurang sedikit dari roti canai teras jernang. Walau bagaimanapun, ia tetap tidak menghampakan saya.

Keseluruhan
Kualiti: 4/5
Citarasa: 4.5/5
Lokasi dan gerai: 4/5







Nasi kandar (lain kan kaler dia :) .. tapi ada kelas)

Pada sahabat dan pelawat.. silalah bertandang dan nikmatinya. Anda pasti tidak menyesal. Kompom citarasa mak aku terbaek :)

p/s: lepas nikmati, jangan lupa bagi komen ye :)

0 comments:

Post a Comment

Kongsi dengan kawan bro

Memaparkan senarai makanan, warung, lokasi, dan pelbagai lagi berkaitan dengan makanan mengikut citarasa dan pilihan kebanyakan orang biasa di Malaysia.