Bulan lepas aku berkesempatan untuk singgah makan di sebuah kafe yang cukup antik (melalui hiasannya). Dengan beca terletak diluar dan susun atur serta hiasan yang berkonsepkan lama, cukup '
relax' untuk menikmati hidangan, baik makan tengahari mahupun petang.
|
Owner ambil order |
Kafe ini menghidangkan menu yang berlainan setiap hari (namun tetap ada menu utama yang sama). Kebetulan pada hari aku singgah, ada kari ayam dan sejenis kuih orang cina.
|
Suasana yang santai |
Aku pekena nasi butter chicken dan air mata lime light (buat sendiri katanya). Kawan aku order sambal petai udang yang cukup sedap (udangnya pun besar).
Tak banyak aku boleh katakan... tetapi, jika anda berada di kota kemuning (main golf atau saja jalan-jalan), bolehlah singgah di sini :). Tapi pastikan datang awal kerana menu harian selalunya habis sebelum petang.
|
Istimewa hari itu |
|
Air lime light homemade |
Dari segi harga, berbaloilah.
|
Kuih orang cina.. sedap gak ni |
|
Nasi goreng butter chicken |
Memaparkan senarai makanan, warung, lokasi, dan pelbagai lagi berkaitan dengan makanan mengikut citarasa dan pilihan kebanyakan orang biasa di Malaysia.
0 comments:
Post a Comment