Ini adalah antara tempat kegemaran saya semasa kecil untuk makan. Sama ada selepas shopping bersama keluarga ataupun pulang dari kelas tuisyen.
Saya kurang pasti nama kedai ketika itu, tetapi nama kedai ketika saya menjamu selera baru-baru ini (Julai 2016) ialah Kasim nasi kandar.
Lokasi: Terletak berdepan dengan supermarket paling lama iaitu GAMA Supermarket (ketika blog ini ditulis, ia masih wujud) dan betul-betul di simpang traffic-light antara paling sibuk di Penang.
Untuk kali ini, saya makan nasi + telur sotong (di kuala lumpur tak akan ada ni) dan daging masak kari kicap (pun susah nak sedap di KL). Air pula ialah teh halia. Jumlah yang saya kena bayar ialah RM11.20 .. agak ok kerana adanya telur sotong tu.
Kedudukannya yang berada di tengah kawasan lampu isyarat menyebabkan sukar untuk yang berkenderaan untuk singgah menjamu selera melainkan anda menggunakan pengangkutan awam yang mudah didapati di sini.
Lauk pauknya tidak sebanyak di restoran di KL, tetapi karinya masih lagi lebih baik dari KL.
Tuesday, July 26, 2016
Kongsi dengan kawan bro
Memaparkan senarai makanan, warung, lokasi, dan pelbagai lagi berkaitan dengan makanan mengikut citarasa dan pilihan kebanyakan orang biasa di Malaysia.
0 comments:
Post a Comment