RSS

Wednesday, October 19, 2011

Menu Orang Kampung Lubnan

Agak lama juga laman blog ini dipenuhi sawang memandangkan sekatan laluan pada blog di tempat kerja dan juga ketidak upayaan handphone untuk memindahkan gambar dengan segera. Namun, aku akhirnya berkesempatan mencoretkan sesuatu didalam laman ini.

Untuk kali ini, aku nak kenalkan salah satu makanan sajian orang arab (lubnan) yang aku nikmati ketika berada di kaherah. Jauh bebenor untuk orang kampung, tapi masih lagi menu orang kampung. Cumanya ia menjadi menu orang kampung lubnan yang di jual di kaherah.

Ketika jejak kaki di restoran ElHamra di Ramses Centre (berdepan Ramses Hilton, Kaherah), pelanggan di sajikan dengan minuman susu yogurt. Sedap dan fresh.

Aku pilih minuman Kopi turki. Cukup pekat tetapi sedap di tambah dengan koko coklat yang cukup ummph...
Akhir sekali, makanan utama (salah satu), yakni Kofta Halabi... Nasi perang arab, di makan dengan krim macam 1000 island, bersama sayuran bakar (kentang, bawang, tomato, dan timun), dan sekeping roti (seperti capati) dan daging kisar yang diadun laksanan sosej dan dipanggang masak. Bagi orang kampung macam aku yang biasa dengan masakan melayu kampung, makanan ini agak kurang enak. Terutamanya tanpa kuah. Namun, agak lazat setelah makanan berada separuh pinggan apabila dimakan dengan cara yang betul. Harga semuanya ialah LE57 (bersamaan RM30) dan diberi satu roti tambahan secara percuma.

Untuk makanan, aku bagi 3/5 bintang
Untuk layanan, aku bagi 5/5 bintang
Untuk keadaan persekitaran restoran, aku bagi 3.5/5 kerana masih ada kekurang terutamanya dari segi pencahayaan dan kedudukan restoran.

Monday, December 6, 2010

Ulam Raja



Ulam raja ialah salah satu ulam yang menjadi menu biasa bagi masyarakat kampung terutamannya yang mempunyai kawasan yang cukup untuk membiakkannya. Sifatnya yang senang ditanam dan dijaga serta khasiatnya adalah salah satu punca ia menjadi bahan makanan tambahan ketika menjamu selera bersama sambal belacan.

PANDUAN MENANAM ULAM RAJA
Ulam rajaTanah
Ia sesuai ditanam di tanah gembur yang mengandungi banyak bahan organan.

Penanaman

·         Semai biji benih dalam kotak / tapak semaian yang mengandungi tanah subur.
·         Apabila tingginya 10-15 cm, pilih pokok yang sihat dan ubah ke tempat yang disediakan.
Tanam dengan jarak lebih kurang 30 cm x 30 cm atau 30 cm x 45 cm.
·         Siram pokok 2 kali sehari terutama ketika masih kecil.
·         Bubuh baja tahi ayam / tahi lembu reput sebanyak 2-3 tin susu sepokok. 
Baja kimia seperti baja sebatian NPK 15:15:15* boleh digunakan jika perlu.

 
Pokok ulam raja tersebar melalui hembusan angin.  Benih-benih dan sekuntum bunganya tersebar apabila dihembus angin.  Pokok ulam raja tumbuh menegak, batangnya kehijauan, lembut dan senang dipatahkan, daunnya bergerigi, lembut dan kecil.  Ulam raja tidak sesuai ditanam di tanah lembab atau tempat takungan air.  Ia sesuai di kawasan lapang dan terbiar.

Khasiat 
Berbeza dengan ulam lain, ulam raja seakan meninggalkan rasa gasnya yang tersendiri.  Seiring nama saintifiknya cosmos caudatus, ulam raja sebenarnya tergolong dalam jenis kosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan keranya bunganya yang cantik dan berwarna-warni.  Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yang kecil dan berwarna pucat ala merah jambu ataupun putih.  Ulam ini mengandungi nilai khasiat yang tinggi kepada tubuh.  Ianya mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat.  Malah ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.
Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khaistnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksik dan juga menguatkan tulang.  Klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semulajadi yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengan bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis serta E.Coli.

Kongsi dengan kawan bro

Memaparkan senarai makanan, warung, lokasi, dan pelbagai lagi berkaitan dengan makanan mengikut citarasa dan pilihan kebanyakan orang biasa di Malaysia.