Sambal keli ada pelbagai cara. Ada yang menggunakan cili padi @ cili api @ cili burung (kecik tapi cukup mantap kepedasannya), ada yang menggunakan cili kering, ada yang ditumis kering dan ada yang berkuah. Kali ini aku ingin sekali berkongsi resepi yang berasaskan ikan keli, cili kering, dan ditumis kering (kurang berair/berkuah).
Bahan-bahannya:
1. Ikan Keli (bergantung pada kehendak dan selera keluarga)
2. Beberapa ulas bawang merah dan bawang putih (dicadangkan 4 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih)
3. Seulas bawang besar
4. Sedikit halia
5. Garam, Gula, Asam Jawa (pilih asam jawa asli)
6. Cili Kering
Cara Memasak:
1. Ikan Keli
Ikan keli ini andai baru ditangkap dari sungai, biarkan didalam air bersih sekurang-kurangnya 2 - 4 jam. Andai ia adalah dibela, pastikan dibawah kepalanya tidak ada warna kuning serta bentuk muka yang tidak menajam kerana ini memastikan ikan keli yang dibela ini diberi makanan halal. Juga pastikan anda tidak terkeliru antara keli dan sembilang @ semilang (spesis ikan laut yang rupanya seperti keli tetapi hitamnya agak pudar). Ketuk kepala ikan keli tersebut untuk memeningkannya, segera belah perut dan buang isi dalamanya. Pastikan sengatnya dibuang sedikit dan biarkan yang lain tanpa disentuh.
Ikan ini kemudian di sapukan garam dan kunyit dan digoreng garing (tapi jangan terlalu garing dan jangan sekejap sangat).
2. Bahagian sambal
Bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus bersama halia. Manakala bawang besar dihiris nipis
Cili Kering dikisar lumat.
Prosesnya - Panaskan kuali bersama beberapa sudu minyak mengikut kesesuaian anda (kurangkan minyak lagi baik). Tumiskan cili kering hingga betul-betul kering atau anda dapat lihat pecahan minyak dan airnya telah kering. Ini bagi memastikan sambalnya pedas tapi tidak memedihkan perut. Setelah kering, masukkan bawang yang telah dikisar dan biarkan beberapa ketika (pastikan api tidak terlalu kuat). Kemudian masukkan secubit garam, sesudu gula, dan perahan air asam jawa. Apabila sambal yang ditumis sudah hampir kering kali kedua, masukkan hirisan bawang besar tadi beserta ikan keli yang telah siap digoreng garing. Biarkan beberapa ketika dan tutup api.
Sedia dihidang dan sedap dimakan ketika panas.
Selamat Mencuba
Friday, November 26, 2010
Restoran Mat Ayam Kampung, Serdang Raya
Kali ini aku nak berkongsi 2 lagi menu masakan yang menjadi kegemaran orang-orang kampung yang kini menjadi pilihan orang bandar juga; iaitu masak lemak cili padi siput (2 jenis siput).
Restoran Mat Ayam Kampung merupakan antara restoran yang kerap menghidangkan lauk berasaskan siput ini. Walaupun citarasanya lebih kepada rasa orang bandar, keenakkan siput masih lagi boleh diterima. Terletak di Serdang Raya di kawasan yang suatu ketika dahulu menempatkan pusat perabot, ia merupakan salah satu restoran yang sering dikunjungi oleh warga tempatan terutama yang meminati ayam kampung dan juga lauk-pauk disitu.
Aku pula lebih gemari siput ini yang dimasak masakan ala negeri sembilan. Cuma berharap dapat ketemu masak lemak cili padi @ cili api yang asli. Andai itu dapat ditemui dan dinikmati, pasti selera makan tidak akan dapat dibendung.
Dan seperti biasa, menu orang kampung tidak akan lengkap tanpa sambal belacan dan ulam-ulaman seperti pegaga, petai, ulam raja, dan pelbagai lagi. Tanpa ulam-ulaman ini, tidak akan lengkap menu orang kampung seperti aku ini.
Jom pi makan...

Labels:
Kedai Makan,
Menu Orang Kampung
Thursday, November 25, 2010
Sambal Keli dan Ulam-ulaman
Keli merupakan antara spesis ikan air tawar yang dahulunya hanyalah makanan orang kampung. Sama ada di buat sambal, masak lemak cili api, asam pedas, gulai (atau kari), mahupun digoreng begitu sahaja, ia tetap menambat selera orang-orang kampung. Kini ia antara tarikan utama di restoran-restoran di bandar.
Ditambah pula dengan ulam-ulaman beserta sambal belacan, ia bisa membangkitkan selera makan anda. Antara restoran yang kerap menjadikan ikan keli sebagai salah satu menu ialah Restoran Opah di Puncak Jalil, KL.. tempat dimana aku dan rakan-rakan selalu berkunjung untuk santapan tengahari.
Sesiapa yang berada berhampiran, moh lah singgah.
Namun begitu, sesiapa yang tidak mahir pasti masakan berasaskan ikan ini tidak menjadi, atau dalam kata lain tidak sedap serta berbau hanyir. Nanti saya akan kongsikan bersama tip-tip dan beberapa resepi berasaskan ikan ini.

Kongsi dengan kawan bro
Memaparkan senarai makanan, warung, lokasi, dan pelbagai lagi berkaitan dengan makanan mengikut citarasa dan pilihan kebanyakan orang biasa di Malaysia.