RSS

Friday, November 26, 2010

Sambal Keli 1

Sambal keli ada pelbagai cara. Ada yang menggunakan cili padi @ cili api @ cili burung (kecik tapi cukup mantap kepedasannya), ada yang menggunakan cili kering, ada yang ditumis kering dan ada yang berkuah. Kali ini aku ingin sekali berkongsi resepi yang berasaskan ikan keli, cili kering, dan ditumis kering (kurang berair/berkuah).

Bahan-bahannya:
1. Ikan Keli (bergantung pada kehendak dan selera keluarga)
2. Beberapa ulas bawang merah dan bawang putih (dicadangkan 4 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih)
3. Seulas bawang besar
4. Sedikit halia
5. Garam, Gula, Asam Jawa (pilih asam jawa asli)
6. Cili Kering

Cara Memasak:
1. Ikan Keli
Ikan keli ini andai baru ditangkap dari sungai, biarkan didalam air bersih sekurang-kurangnya 2 - 4 jam. Andai ia adalah dibela, pastikan dibawah kepalanya tidak ada warna kuning serta bentuk muka yang tidak menajam kerana ini memastikan ikan keli yang dibela ini diberi makanan halal. Juga pastikan anda tidak terkeliru antara keli dan sembilang @ semilang (spesis ikan laut yang rupanya seperti keli tetapi hitamnya agak pudar). Ketuk kepala ikan keli tersebut untuk memeningkannya, segera belah perut dan buang isi dalamanya. Pastikan sengatnya dibuang sedikit dan biarkan yang lain tanpa disentuh.

Ikan ini kemudian di sapukan garam dan kunyit dan digoreng garing (tapi jangan terlalu garing dan jangan sekejap sangat).

2. Bahagian sambal
Bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus bersama halia. Manakala bawang besar dihiris nipis
Cili Kering dikisar lumat.
Prosesnya - Panaskan kuali bersama beberapa sudu minyak mengikut kesesuaian anda (kurangkan minyak lagi baik). Tumiskan cili kering hingga betul-betul kering atau anda dapat lihat pecahan minyak dan airnya telah kering. Ini bagi memastikan sambalnya pedas tapi tidak memedihkan perut. Setelah kering, masukkan bawang yang telah dikisar dan biarkan beberapa ketika (pastikan api tidak terlalu kuat). Kemudian masukkan secubit garam, sesudu gula, dan perahan air asam jawa. Apabila sambal yang ditumis sudah hampir kering kali kedua, masukkan hirisan bawang besar tadi beserta ikan keli yang telah siap digoreng garing. Biarkan beberapa ketika dan tutup api.

Sedia dihidang dan sedap dimakan ketika panas.



Selamat Mencuba

0 comments:

Post a Comment

Kongsi dengan kawan bro

Memaparkan senarai makanan, warung, lokasi, dan pelbagai lagi berkaitan dengan makanan mengikut citarasa dan pilihan kebanyakan orang biasa di Malaysia.