Salam sejahtera pada peminat dan pencinta makanan serta pelahap semua :). Kali ini saya nak bawakan anda ke satu lagi restoran yang saya jamin, InsyaAllah, mutu serta kesedapan makanan yang dihasilkan cukup menarik dan menyelerakan.
Mungkin agak terlewat, tetapi harapnya, pada yang belum lagi menikmatinya, boleh pergi mencuba andai diberi peluang.
Restoran yang ingin saya kongsi kali ini ialah Mee Tarik Warisan Asli. Pada namanya, tidak ada yang terfikir bahawa ini adalah tradisi makanan yang dibawah terus dari negara China, atau ada yang ragu-ragu kerana kebanyakkan restoran cina-muslim yang bercambah di Malaysia ini tidak menyajikan makanan yang dapat diterima secara total oleh masyarakat Malaysia amnya.
Saya pada mulanya agak ragu-ragu juga. Soalan pertama saya ajukan ialah; Sedap ke? kerana pengalaman menikmati di restoran cina-muslim tidak bagus. Soalan itu bertambah kuat bersama keraguan yang ada apabila pelayan yang datang bertanyakan menu ialah warga asing @ Bangla (or pakistan or sepertinya).
Namun, kerana guarantee dari rakan-rakan, saya mencuba dan saya mencuba mee tarik special sauce bersama nasi goreng telur (order dua sebab risau mee tak sedap). Rakan-rakan yang pergi mencuba pelbagai mee tarik yang ada; antaranya mee tarik sos cendawan, mee tarik daging, daging kambing cucuk (apa nama pun saya tak reti).
Saya juga sempat bersua dengan Abg Hassan (mungkin pemiliknya) yang bersiap sedia untuk ke lokasi lain. Dan setelah bersua, saya yakin bahawa ini merupakan satu restoran yang masakannya dibawa terus dari negara China tanpa sebarang perubahan rasa mahupun asimilasi mengikut penduduk setempat. Dan ini merupakan intipati kepada keenakkannya.
Secara ringkasannya:
1. Lokasi
Mee Tarik Warisan Asli sudah pun membuka 4 cawangan dan cawangan yang saya kunjungi ialah cawangan ke empat yang terletak di Padang Jawa, Selangor berhampiran Puspakom (di deretan kedai baru).
View Mee Tarik Warisan Asli in a larger map
Yang pasti, untuk pergi ke sana tidak sukar. Cuma, andai anda pergi ketika waktu puncak, pasti anda merana kerana jalan yang agak sempit dan sesak.
Namun, memandangkan kawasan ini masih baru, maka, kawasan letak keretanya masih banyak kosong. Mungkin bila ruang niaga semua dipenuhi, mencari kawasan letak kereta akan jadi masalah. Untuk lokasi, saya beri 3.5/5
2. Persekitaran

Walau bagaimana pun, untuk situasi yang kondusif ini, saya berikan 4/5 pada pemiliknya.
3. Citarasa

Bagaimanapun, untuk nasi gorengnya, agak biasa dan perlu sedikit tambahan perasa untuk menikmatinya.


4. Harga
Tidak perlu cakap banyak. Harga memang berbaloi :)
Kesimpulannya:


Sebahagian dari pelanggan yang juga rakan ketika mencuba :)
Video mee tarik di buat :)
0 comments:
Post a Comment