RSS

Wednesday, January 2, 2013

Nasi Kandar Zainul

Sudah agak lama juga laman ini dibiarkan tanpa sebaran pengemaskinian maklumat berkenaan makanan atau tempat makan yang kena pada citarasa penulis. Citarasa penulis, seperti citarasa kebanyakan orang melayu di Malaysia, sesuatu yang mengingatkan pada kampung dan ibu tersayang merupakan pilihan utama.
Zainul Nasi Kandar... terbaek

Kali ini, penulis ingin berkongsi satu tempat makan yang bagi penulis, cukup menyelerakan dan memuaskan hati dan lidah serta perut.

Variasi lauk pauk
Terletak di tengah pusat bandar Petaling Jaya, berhampiran dengan Mahkamah serta jarak berjalan kaki dari Amcorp Mall, merupakan satu medan selera yang tidak asing lagi bagi warga PJ dan juga kakitangan kerajaan di kawasan berhampiran.

Antara deretan kedai tersebut, tersergam satu kedai di hujung medan selera. Hanya bersandarkan pada makanan tengahari, kedai ini sentiasa penuh bermula dari pukul 11 pagi hingga 4 petang (adakalanya lebih awal) untuk para pelanggan yang dahagakan citarasa sebenar nasi kandar penang.

Variasi lauk pauk
Walaupun ada banyak kedai 'mamak' dan juga restoran yang jual nasi kandar termasuklah disekitar PJ, tetapi, citarasa serta kualitinya tidak setanding dengan rasa sebenar nasi kandar penang. Hanya kedai ini sahaja mampu menyajikan nasi kandar penang dengan standard atau kualiti yang sama dengan apa yang ada di negeri pulau mutiara itu.

Kedai itu tidak lain dan tidak bukan, Nasi Kandar Zainul.

So kalau sesiapa yang teringin untuk menikmati nasi kandar penang tapi berada di KL, bolehlah singgah di kedai ini. Tapi awas, jangan datang pada selepas pukul 1pm kerana pastinya selepas waktu itu, agak sukar untuk mendapat tempat duduk.
Terbaek... hahaha 

Kualiti: 4/5
Citarasa: 4/5
Tempat: 3/5 (sukar untuk mendapat parking dan juga sukar untuk mendapat tempat duduk)

0 comments:

Post a Comment

Kongsi dengan kawan bro

Memaparkan senarai makanan, warung, lokasi, dan pelbagai lagi berkaitan dengan makanan mengikut citarasa dan pilihan kebanyakan orang biasa di Malaysia.